-->

Adam Berpakain Menurut Hukum Agama Islam

HUKUM BERPAKAIAN
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan danmenutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itumestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) yaitu:

1. Menutup aurat
aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Auratwanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dantapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat."(Bukhari)
2. Tidak menampakkan tubuh
pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syaratmenutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah bolehmerangsang nafsu orang yang melihatnya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembuyang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yangmemakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanyaseperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bausyurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan
4. Tidak menimbulkan riak
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:"Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akanmemberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an- Nasa'iy dan Ibnu Majah)
5. Lelaki, wanita berbeza
Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai olehwanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengantegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan."(Bukhari dan Muslim)Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita danwanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim)
6. .Larangan pakai sutera
Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yangmemakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)
7..Melabuhkan pakaian
Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya merekamelabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalahMaha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)
8. Memilih warna sesuai
Contohnya warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih danwarna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankanmayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)
9. Larangan memakai emas
Termasuk dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hariini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada

yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan(memakainya) kepada wanita."
10. Mulakan sebelah kanan
Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan.Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullahsuka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kakidan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelahkanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut,mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengansebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yangterakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).
11. Selepas beli pakaian
Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkanoleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, akumemohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yangdiperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".
12. Berdoa
Ketika menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yangmengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diridalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuaimenurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan danmenutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

0 Response to "Adam Berpakain Menurut Hukum Agama Islam"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

loading...

Iklan Bawah Artikel